IKUT MENGIKUTI

Selasa, 31 Januari 2012

PISANG SUSU

Pelbagai variati pisang di Malaysia. Penulis berusaha mengumpulnya sebagai koleksi. Pisang susu walaupun pertama kali menanamnya tetapi telah menampakkan hasil yang baik. Memperolihi dua pokok anak benih dari seorang kawan dan ditanam berdekatan diantara satu sama lain, syukur kedua-duanya berbuah serentak.

Pisang susu memang enak, manis serta lemak. Memang sesuai dengan namanya susu, isi bewarna putih manakala kulitnya pula mudah dikupas. Penulis menggaul pisang susu dengan sedikit tepung gandum serta air yang secukupnya untuk membuat sesuatu yang lebih istimewa.
Apa..?... ha..ha....cekodok pisang.

Itulah rezeki.....kita elak dari membeli dengan menanam apa saja yang boleh dijadikan makanan.
Ubi ubian serta pisang makanan dulu2........tapi ia tetap menjadi pilihan.....

15 ulasan:

kasihibu berkata...

pisang susu sedap, sya makan gitu je lemak manis

Adry@Daun berkata...

As salam tuan,
Pisang susu ni ada nama lain tak? Pisang perak kot.. Kat Pahang, dipanggil sekodok ye bkn cekodok. Kalau Kelate panggil jemput pise je..hehe..

Shila berkata...

pisang..makan gitu pn sedap kan incek zul...

zul permatang badak berkata...

kasih ibu...
satu tandan tak habis....saya hadiahkan rumah orang kenduri....dia orang berjamu hari mengupas bawang....he..he...

zul permatang badak berkata...

adry...
cekodok juga...saya silap taip nak cepat...
pisang susu memang sedap....manis...tak ada rasa kelat....
nama lain....Kena rujuk jab pertanian....
hok lembik,...kito wat jeput jugok......he..he...

zul permatang badak berkata...

mis senget.....
pisang sekarang ni mahal....
beli sikit tak cukup.....
anak ramai.....hu...hu...

Temuk berkata...

As-salam
Rasanya tak pernah makan pisang susu tu. Kalau boleh dibuat cekodok, bolehlah juga digoreng saja dengan tepung, ya?

Harga pisang sekarang memang tinggi. Saya congak-congak, pisang berangan bersaiz sederhana berharga 40 sen atau lebih di kawasan saya ni. Uuuh!

Sdr ZPB ada tak menanam pisang Raja? Cukup susah nak cari benihnya.

zul permatang badak berkata...

Ckgu Temuk..
pisang raja?....saya akan cuba bertanyakan teman2...kut2 mereka ada benihnya....
saya kena ronda2......

insan marhaen berkata...

IM lebih suka makan pisang berangan..

zul permatang badak berkata...

I/M...
pisang berangan....memang sedap berbau harum...
tapi yg betul2 masak.....

Melati Qistyna's Mummy berkata...

Untungnya Ada tanah yg luas yg boleh dimanfaatkan.... Berbudi kpd tanah, x rugi....

Br dpt pisang monyet Mak mertua kirim Dari kampung, x sempat buat cekodok pon, anak mkn gitu je... Hehehe

zul permatang badak berkata...

melati qistima mummy...
sekarang semua jenis pisang ada harga.....
yg tercabut dari tangkai pun masih dijual......paling tidak digoreng buat cekodok....

Unknown berkata...

pisang susu ni boleh tak digoreng

Unknown berkata...

pisang susu ni boleh tak digoreng

Tanpa Nama berkata...

😂😂😂jeput pise

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...