IKUT MENGIKUTI

Sabtu, 10 November 2012

TENGKUJUH..... DESEMBER 2011 YANG LALU

November hingga disember bagi penduduk disebelah pantai akan bercerita tentang hujan. Limpahan perparitan meyukarkan perhubungan. Banyak juga kenderaan tersadai. Musim tengkujuh 2011 yang lalu dikejiranan penulis beginilah keaadaannya.


 Sukar membezakan jalan dan parit. Disebalik resah serta gundah...kepayahan mengharung banjir namun bagi sesetengah pihak ianya satu pesta. Anak anak seharian berbasahan berhujan serta berakit penuh ceria. Mereka yang dewasa kehulu kehilir dengan pukat serta jala. Seronok .....ikan, ada dimana-mana.

Paras bahaya... keadaan cemas, penduduk perumahan harus berjaga-jaga........jika hujan turun tanpa henti......mereka harus berpindah..... tapi pada tahun 2011 yang lalu air parit ini surut perlahan-lahan......

Binatang ternakan.....meragut rumput, ya....masih ada tempat yang tidak ditenggelami air.........

4 ulasan:

Umm AA berkata...

nampaknya kena bersedia utk musim tengkujuh tahun ini pula yer..

zul permatang badak berkata...

mujur saya tinggal dipenempatan yg tidak ditenggelami banjir.....
hanya sebahagian je terlibat.....
tapi tumpang seronok mengharung banjir...

suka suka berkata...

Memang kena hati2. .jln dan parit tuh..

zul permatang badak berkata...

suka-suka..
banjir kat sini belum bermula....
tapi riaksi tu dah ada....petang2 hujan je....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...