IKUT MENGIKUTI
Selasa, 15 Mac 2011
LADA HITAM
Lada hitam atau Piper Nigrum dikenali oleh masyarakat seluruh dunia sebagai ramuan masakan perisa dan sos. Berasal dari barat daya India ditanam di Serawak sejak tahun 1856 diusahakan secara meluas sekitar 1900an. Malaysia menduduki tempat kelima lada dunia selepas Vietnam,India,Indonesia dan Brazil.
Mudah menanam lada hitam dibiarkan melata didalam tayar terpakai. Sepatutnya dibina tiang sokongan dapat juga bergantung harap.Lazimnya lada hitam ditanam melalui keratan batang,pembiakkan menggunakan biji jarang dilakukan.Pada setiap buku batang mata tunas menjadi dahan sisi dan akan mengeluarkan sulur buah.
Untuk menyegarkan atau memanaskan badan ibu-ibu selepas bersalin,lada hitam muda bewarna hijau..ditumbuk dengan ikan bilis dan dimakan bersama nasi. Mmmm....senangkan kalau ada kat rumah sendiri tak payah nak beli beli. Lada hitam memang penting terutama untuk masakan berkuah terutama laksa berkuah putih.....laksa
Kelantan lah.....
Lada hitam.....bewarna hijau tapi kenapa disebut lada hitam .??? Tapi ada juga yang menyebut lada BENAR.......Lada yang mana tak benar..??? itu kena tanya orang kelantan........he..he..
Nak buat lada hitam....rendam lada hitam ..buah yang dah matang dalam air mendidih...toskan...jemur sehingga kering............bila dah hitam tu.....haa...itulah lada hitam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
muaz pernah cuba tanam...tapi tak berjaya.....
As salam en zul,
Inilah lada yang benar. Tiada yg tidak benar melainkan benar-benar belaka. Kat tmpt lain, ia dipanggil lada hitam tp Kelate ni spesel sikit..hehe.. Umah kat kg ada pkk ni tp tak tau hidup ke dh arwah pkk tu.
muaz..
cuba tanam lagi lada hitam tu....kut2 berjaya hidup....
Salam Adry/daun.....
lada BENA...minyak...pun...BENA...
Ingat tak...dulu2......gi keda beli minyak bena paka...gumba....bawak botol.....50 sen pun boleh beli....
As-Salam zul permatang badak
Betul tak kalau saya kata, dari pokok yang sama keluar lada benar (lada hitam) dan juga lada tak benar (lada putih)? Ada rakan-rakan yang tak tahu macam mana boleh begitu.
Cikgu Temuk.
ya dari pokok yang sama.....buang kulit....... jadi lada putih/lada sulah.
Catat Ulasan