Sebut sahaja pisang berangan sudah terbayang keenakkannya. Kulitnya tebal tetapi mudah dikupas. Hmmm, bau harum serta wangi, jika kita di dalam keadaan lapar sesikat ini tentu boleh dihabiskan.
Di pasaran harga pisang yang boleh dimakan mentah ini mencecah tiga ringgit satu kilogram. Jika keadaan buah bersaiz besar boleh mencapai dua kilogram sesikat, bermakna satu sikat berharga enam ringgit. Terasa mahal juga..... tapi kalau terliur.... bayar sajalah.
Untuk menjimatkan belanja, saya mencuba menanam pisang berangan. Alhamdulillah rezeki menyebelahi saya. Saya dan keluarga menikmati keenakkannya sepuas-puasnya.
Satu tandan pisang berangan memenuhi kereta sorong. Beratnya tidak pasti tapi untuk memikulnya penatlah juga.....
Pembajaan yang sempurna, pembersihan rumpai disekeliling pangkal pokok menghasilkan buah yang bermutu.
Hasil yang lumayan membuatkan kami terus aktif berkebun.....
1 ulasan:
assalam en.zul,sy lompat dr Dedaun Alam..mmg suka sangat pisang berangan spesis jelai ni,kalau yg montel tu isi tawar.kalau yg en.zul nyer ni mmg manis dan isi kuning.Sy ni mmg penggemar pisang sama cam Adry jugak.
Catat Ulasan