Terdapat banyak pokok yang tumbuh meliar di dalam kebun. Adakalanya boleh menganggu tumbesaran pokok yang lebih berfaedah. Pun begitu untuk membuangnya dari terus kekal, terasa sayang pula. Kadang-kadang tu berguna juga. Serai kayu dimakan sebagai ulam, seperti pokok ulaman yang lain.
Kebiasannya penggemar nasi ulam (nasi kerabu) mencampurnya dengan dedaun ulaman seperti ulam raja serta pelbagai dedaun yang boleh dugaul secara mentah. Rasanya kelat, lemak dan sedikit manis.
Serai kayu atau pokok samak ini amat sesuai dimakan oleh pengidap kencing manis serta darah tinggi. Air rebusannya yang kelat dipercayai dapat menurunkan kadar gula dalam darah.
Untuk mendapatkan pucuk muda ataupun pucuk baru yang lembut, pemangkasan haruslah dibuat. Pemangkasan juga perlu untuk mengelakkan pokok serai kayu lebih cepat meninggi, mungkin sukar untuk memetik pucuknya yang muda.
Daun salam, serai kayu, pokok samak adalah pokok yang sama, cuma sebutan sahaja yang berbeza.
5 ulasan:
salam..
saya memang suka nasi ulam..
makan untuk sarapan pagi...nasi kerabu memang sedap tapi nak dapat yang ori kaler biru , kaler bunga telang.........
Salam.
Saya baru beli pokok ni semata=mata krn nak buat ulam nasi kerabu. Belum pindah ke tanah sebab serba salah nak tanam kat mana, suami kata pokok ni boleh besar, jd semak.
Kt mn nk beli ank pokok ni ye..
Pokok ni di sarawak dipanggil pokok bungkang. Daun dia digunakan utk buat ayam pansuh.
Catat Ulasan