IKUT MENGIKUTI
Ahad, 6 Februari 2011
SERAI WANGI
Serai wangi seperti serai makan mempunyai rimbunan daun yang padat. Sewaktu membersih kebun saya sering terpotong rimbunan daun yang lebat lalu keluarlah aroma,wangi sehingga menusuk hidung.
Nama saintifik cymbopogon nardus serai wangi diguna secara tradisional untuk menghasilkan minyak urut.Telah didagangkan secara meluas untuk membuat sabun mandi, ubat gigi serta cairan untuk membersih mulut.
Jika rumah kediaman terdapat tikus atau lipas,selitkan daun serai wangi dicelah almari pakaian, rak buku atau dimana sahaja tempat serangga bersembunyi.
Ada juga cerita mengatakan pokok serai wangi yang telah mengeluarkan bunga,jika ditarik rumpunnya...ada terdapat batu permata. Setakat ini pokok serai wangi yang penulis tanam belum lagi berbunga. Hal ni kena rujuk orang tua tua,mungkin mereka lebih arif.Mungkin ia hanya cerita.......bertali arus..sampai..menyampai......
Ada kawasan lapang tanamlah serai wangi, Sesekali melewati pokok merimbun ini tariklah daunnya.....untuk merasai aroma yang segar........
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 ulasan:
kita suka bau serai wangi..penghalau tikus dan segala mcm binatang perosak laen
zie......kalau begitu tanamlah banyak2....kot2 boleh buat kilang ubat gigi...
ya saya ada tanam pokok ni di sepanjang pagar kat ladang...memang x ada tikus pun...cuma memerang ja x makan saman...
zul...ada x pokok yang boleh halau memerang ni?tensionnn kot...dok mai attack ikan... ")
Keli oh keli...dirikan pagar kongkerit...pagar batu...tinggi enam kaki.....pelaster simen licin.....atau pasang mozek licin....tentu dia tak boleh panjat.......kalau zink pun boleh, zink tebal....tutup rapat2....belanja besar sikit....tapi buat sekali je....puas hati....bila pagar o.k nak tanam ubi kayu pun boleh......ini hanya pendapat.......tapi belanja besar itu yang saya pun.....tak buat.....tak ada duit........
Salam Zul,
Rumah ayahanda kakak ada pokok serai wangi yg telah berpuluh tahun lamanya kerana biasanya kami guna utk mandi lulur/masa pantang bersalin. Pernah berbunga dan bunganya sejambak seperti lalang tetapi melekat pada tangkai tidak luruh walau telah lama di simpan. Berwarna putih. Masih dlm simpanan ayahanda hingga kini. Cerita batu permata itu tak ujud. Hehehe...
kakzakie......saya jawab salam....He he memang orang buat mandi lulur biasa selepas bersalin...biar badan segar sikit.......cerita batu permata tu..cuba kakzakie tanya kawan2.......tapi tak ujud....entahlah.....
zul..macam mana boleh tak tahu ni..penghalau tikus ye..nanti nak cuba lah..
terima kasih dengan penerangan kunyit mas tu..
aada kaan bagi..katanya boleh makan macam kunyit biasa..dah tanam pun..nak cabut balik la..
...Kah Erna....memang aroma serai wangi ni kuat....tikus tidak selasa dengan baunya.....satu lagi daun durian belanda....cuba perhatikan kambing/lembu tidak berminat untuk menjamahnya....
Catat Ulasan