IKUT MENGIKUTI

Isnin, 15 Ogos 2011

NONA SRIKAYA

Pokok nona dalam kebun penulis kecil je. Tinggi pun hanya takat pinggang orang dewasa.....
Mungkin tidak mendapat pencahayaan matahari sepenuhnya kerana dinaungi pokok-pokok pisang yang sememangnya pantas mendominasi kawasan sekitarnya.
Walaupun kecil...pokok nona ni tidak menghampakan penulis .......setelah semburan baja cecair dibuat diselang seli taburan baja subur. 15.15.15. akhirnya membuahkan hasil. Setiap hujung ranting mengeluarkan bunga. Seronok melihat buah dari hari kesehari membesar didepan mata.
Info dari saudara Adry Dedaun Alam.....mengupas lebih lanjut tentang buah nona. Nona Srikaya.........
penulis tanam tiga pokok nona srikaya ni......semuanya mengeluarkan buah........syukur....diatas rezekiNYA.......

14 ulasan:

muaz_kkgp berkata...

pernah tanam....buahnya banyak jugak,pokoknya terpaksa di tebang..kerana pembangunan....

zul permatang badak berkata...

muaz...
sayang pokok tu muaz...sbb 2/3 tahun juga nak tunggu ia berbuah, itu pun puas ditabur baja.....dibelek ulat,dicabut rumpai....

tak apa...nanti tanam balik....

sayangsayangibu berkata...

sya nak cari benih jugaklah tanam di kampung, dekat sini dah tak ada ruang

Melati Qistyna's Mummy berkata...

xtau mana satu nona / nona sekaya. aritu dh baca kt blog ni, tp nape pokok nona ni kecik jer, dl kt umah ayah, nak amik buah kena panjat, tinggi nya cm durian belanda gak, tp ada gak buah nya yg ujung2 dahan yg boleh dipetik gn tgn jer... :)

zul permatang badak berkata...

sayang2 ibu..
hasrat yg bagus, sekurang-kurangnya kita ada pokok sendiri....sekarang benih pun banyak,kat pasar tani ada, dan dikedai bunga pun banyak....

zul permatang badak berkata...

melati qistina mummy,
pokok kecil sbb tak cukup cahaya matahari.....pokok jadi naung,kebun penulis berasak-asak dgn tebu,pisang,limau nipis,rambutan....

penulis nak lalu pun tak ada ruang...
kalau waktu pagi baju basah kena embun....nyamuk usah ceritalah....

eiela berkata...

wah,,rindunya dengan buah nona, memang sedap buah nih. dulu masa kecik2 ada tanam dah berbuah tapi dah kena tebang tak ingat sebab apa. tengok nih, rasa nak tanam balik.

zul permatang badak berkata...

eiela..
kita tak kisah bila kita telah tersedia adanya sesuatu itu,malah kita tidak menghargainya, tapi bila lama tak tengok...atau lama tak jumpa,lahir pula rindu.......

Terbiasa lumrah hidup begitu,akan tercari-cari sesuatu yg hilang.....
tapi kita dan alam tak dapat dipisahkan.....tumbuh-tumbuhan menjadi peneman sewaktu kita membesar banyak meninggalkan nostalgia..............

ibuintan berkata...

ni buah srikaya kan... kat sini ada sepokok rajin berbuah


tak suka, manis sangat

Adry@Daun berkata...

As salam cikgu,
Ni bkn nk tunjuk pandai atau mengomen tp tp sekadar btanya.. Kenapa cikgu tak buh tajuk n3 ni Nona Serikaya atau Nona Srikaya? Nona merujuk kepada buah nona yg berkulit licin. Walaupun ia dlm spesis dn famili yg sama, ia berlainan. Nona Serikaya (annona squamosa) dan nona (annona reticulata). Spesis pkk nona lbh menyukai tempat terbuka utk membesar dan merimbun.

zul permatang badak berkata...

ibu intan....
yang rajin berbuah itu lah rezeki......
manis....itu lah yang dicari....
tapi baunya harum kan....
kat pasaraya mahal buah srikaya ni.....

zul permatang badak berkata...

Adry...
merujuk pada saranan Adry mengenai tajuk tu....
sukar untuk mengalih pandangan atau mentaliti kebanyakkan kita yg masih keliru.Penjual anak pokok ni pun...beria-ia mempengaruhi saya,mengatakan nona buah besar.....

Mungkin buah nona sebenar, penjual pun tidak mengenali.....

walau apa pun.....perbezaan memang nyata srikaya dan nona...hanya dari famili yg sama...

mungkin suatu hari nanti saya akan terjumpa buah nona berkulit licin......seperti saudara adry nyatakan...

CIK TOM berkata...

dulu kat umah cik tom ada pokok nona ni..suka makan..best!

zul permatang badak berkata...

cik tom....
ya...best manis bersari.....
sekarang ada lagi tak?......

tapi biji banyak kan.....pi semai. kut2 ada anak, boleh tanam lagi.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...