IKUT MENGIKUTI

Isnin, 8 Ogos 2011

POKOK MEMPELAS

Tetrcera indica atau pokok mempelas hidup dengan memanjat pada tumbuhan lain. Mempelas adalah semak samun yang mendominasi hutan kecil . Amat sukar untuk membersihkan samun jika akar mempelas membelit disekeliling pokok. Silap-silap kita boleh tercalar ataupun terluka dek akar atau pun daunya yang kesat.

Akar pokok mempelas berguna untuk dibuat tali pengikat. Tali tradisianal ini digunakan untuk mengikat buluh bertujuan untuk membuat rakit. Daunnya pula digunakan untuk menggosok seni kraf, seperti kraf dari kayu atau tempurung kelapa. Tinggal dipendalaman memang sukar untuk mendapatkan kertas pasir,pilihan yang paling pantas tentulah apa yang ada disekeliling kita.
Buah mempelas ketika muda bewarna hijau dan bertukar merah bila hampir tua. Nakal ,dizaman budak-budak ketika berlarian disekitar semak penulis bersama rakan sepermainan pernah memakan buah mempelas ni. Tapi, tidak menghilangkan dahaga pun cuma bila buahnya pecah......akan keluarlah titis air. Titis air yang masam ni membuatkan penulis asyik untuk terus menggigit dan menghisap satu persatu.

Begitulah dizaman kanak-kanak .....semak serta samun itu adalah Games. Games yang mendekatkan penulis dengan tumbuhan alam.






10 ulasan:

sayangsayangibu berkata...

daun tu boleh buat penggilat kayu kan?

zul permatang badak berkata...

sayang2ibu...
ya...daun tu buat gosok permukaan kayu yg tidak rata.....
pernah cuba ke?

dulu kami buat gosok sarung parang agar licin dan menarik.......atau gosok barang perhiasan dari kayu.....

Adry@Daun berkata...

As salam cikgu,
Pkk mempelas ni jg bfungsi sbg tumbuhan herba tradisional. Info blh rujuk kat blog saya. Masa kecik2 dulu, gna daun mempelas utk cantikkan kuku..hehe.. Batang mempelas yg liat dn pyh putus blh ikat kayu api.. Biarpn dh ada kertas pasir, saya masih gna daun mepelas utk haluskan hulu golok yg saya buat drp teras nangka. Ia lbh cantik dn kemas krn daun mempelas jauh lebih halus dgn pasir yg plg halus teksturnya.

zul permatang badak berkata...

Adry....
betul, ya daun mempelas lebih halus dari kertas pasir....saya pun wat gosok hulu golok juga....

masa kecil wat gosok,...pistol kayu,senapang kayu.......

lagi pun mewah. tak berbeli pun....nak berapa lori buleh.....

tapi akar dia kalau kena kulit....biasa kat lengan.....bila mandi..siaplah rasa pedih2.....berparut pula tu......

hatikubaik|mohdhazlan Dreadlock berkata...

daun ni kalu buat garu panau ok ...biasa org lama buat ...ada khasiat dia ..

zul permatang badak berkata...

hatikubaik...
boleh buat garu2 tapi oooo....tak tahan habis kulit rosak....pedih weh.....sedangkan kayu pun boleh licin.......

Melati Qistyna's Mummy berkata...

Info yg menarik, x penah pon tau..... *thumbsup*

Temuk berkata...

Kertas pasir asli ini memang hebat. Kalau rajin dan pandai menggunakannya utk mencantikkan kuku, terutamanya kuku kaki, tak payahlah pergi ke kedai kecantikan. Sepanjang ingatan, tak pernah saya lihat buahnya yg merah itu.

zul permatang badak berkata...

melati qistyna mummy..
banyak pokok ni....ada kat tepi2 jalan......

zul permatang badak berkata...

cikgu Temuk..
ya...buat gosok kuku...hidup manusia memang berkait rapat dengan tumbuhan selain memberi sumber makanan,sehinggalah rumah yg kita diami,ia nya dari pokok yg menghijau........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...