IKUT MENGIKUTI

Sabtu, 20 Ogos 2011

POKOK BINJAI

Rupanya binjai adalah sejenis pohon buah mangga. Bau buahnya menusuk harum. Rasanya masam manis dan sedap dibuat jeruk. Ianya juga dikenali dengan nama lain bin-yaa atau lam-yaa. Nama saintifiknya mengifera caesia.

Perhatikan daun tunggal, sering mengumpul dekat hujung ranting. Helai daun berbentuk jorong. Binjai ditanam untuk buahnya, yang biasanya dimakan segar atau dibuat sambal. Info serta komen dari saudara Adry/Dedaun Alam.... pada entri penulis terdahulu mengenai pokok binjai. Terima kasih sudi berkongsi ilmu mengenai alam tumbuhan.

1 ulasan:

Adry@Daun berkata...

As salam cikgu, jln2 dlm kebun cikgu, jumpa pulak pkk binjai ni. Msih kecil..lmbt lg la tu nk bbuah. Arwah ayah saya ada tnm pkk binjai ni..kata dia pkk binjai naik setingkat(dahan) setahun. Mknanya tumbesaran pkk binjai sgt lmbt. Kalau kita tnm, jrg yg smpt nk mkn buahnya. Mmg buah binjai ada dijual di Kelantan tp nk jumpa org jual tu agk pyh sbb ia bermusim. Saya pn dh lama tak mkn buah binjai ni. Hiris buh dlm budu...perghhh...!!!



Gambar buah binjai rujukan Google

Gambar buah binjai penulis terpaksa rujuk dari Google.... kerana pokok binjai penulis tidak ada tanda-tanda untuk berbuah....... penat menunggu walaupun dah 10 tahun.

Keropok binjai penulis beli di bandar Temerloh dengan harga lima ringgit satu peket....... O.k la....
Rasanya pahit-pahit lemak...................
Haaaaa..... berfungsi untuk perubatan, kencing manis dan darah tinggi........................................

11 ulasan:

KELI OH KELI berkata...

keropok binjai sedap....kalau ada ekspo kat sini...saya ada juga beli....")

Melati Qistyna's Mummy berkata...

Kecik2 Ada mkn Mak buat jeruk, tp x wape suke sbb rsnya lain sket, Keropok tu pon penah rs, cm pahit2 skit, tp skang mmg susah nk jumpa.....

zul permatang badak berkata...

keli oh keli...
oo...sedap juga ya...tapi pahit laa..., sbb pahit jadi ubat....

itu pun beli kat ekspo....jualan karnival muslimat...

zul permatang badak berkata...

melati qistiyna mummy...
jeruk binjai sedap....hirisan binjai disusun berselang seli garam kasar,biasa disusun dalam balang kaca.....

kecur...weh..

Temuk berkata...

Sambal-sambal kita memang unik termasuk yang guna binjai. Seronoknya ada kebun, macam-macam pokok boleh ditanam untuk makanan. Bagi saya, ikan goreng yang diculikkan kat apa sambal pun, boleh melupakan diri akan 'had nasi' yang sepatutnya!

Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan negara ke 54. Selamat menyambut hari raya 1432H. Maaf zahir batin.

zul permatang badak berkata...

cikgu....TEMUK
Had Nasi, tu kadang2 terbabas bila wujudnya sambal....
orang dulu2,makan nasi tak berlauk pun tak apa,asalkan ada sambal...cicah kangkung celor atau terung.....

sbb itulah org tua kita dulu,duit sikit pun cukup untuk makan,yg penting persekolahan anak2 terbela.......seperti belajar kat pondok,no 1..ilmu....makan ala kadar je....

cikgu...SELAMAT HARI RAYA.. MAAF jika ada tersilap bicara.....

KELI OH KELI berkata...

abg zul...selamat hari raya...minta ampun dan maaf jika ada salah dan silap ya...sangat senang bersahabat dengan Tuan walaupun di alam maya...InshaAllah satu hari kita bertemu sua...

zul permatang badak berkata...

KELI OH KELI
selamat hari raya juga untuk keli oh keli.....maaf juga ada gurauan mengguris hati......

soal hati, kita tidak nampak kerana ia terbenam senyap,sempena hari lebaran yag bakal tiba ni...memang sesuai kita bermaafan antara satu sama lain.......berbahagia dihari raya.......

IMANSHAH berkata...

Sebelas bulan kita kejar dunia,
Kita turuti nafsu angkara.
Sebulan penuh kita berpuasa,
Kita bakar segala dosa.
Sebelas bulan kita sebar dengki dan prasangka,
Sebulan penuh kita tebar kasih sayang sesama.
Dua belas bulan kita berinteraksi penuh salah dan khilaf,
Di Hari suci nan fitri ini, Kita cuci hati, Kita buka pintu maaf.
Selamat Hari Raya Idul Fitri, mohon maaf Zahir dan batin...

Imanshah, Ipoh-Tumpat, 26 Ramadhan 1432 H

zul permatang badak berkata...

Imanshah......
saya juga begitu...minta maaf banyak2 andai kata terkasar bahasa,sepanjang berblog....melakar komen atau menitip ucap dishoubox.....
selamat hari raya untuk imanshah dan keluarga.....

Unknown berkata...

Terlebih dahulu minta maaf kpd penulis blog. Info yg diberi adalah salah. Buah binjai dan keropok binjai adalah 2 benda yg sgt berbeza.
Keropok binjai yg ditulis itu sebenarnya keropok belinjau. Ianya bukan dari buah binjai. Keduanya amat berbeza sekali. Sila buat lebih rujukan lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...